Besmele-i Şerif Pictures, Images and Photos

Saturday, July 23, 2011

TAHAJJUD CINTA DAN PANDANGAN SAYA


Assalamualaikum semua..

Baru sudah selesai menonton drama Tahajjud Cinta di TV3. Drama yang dibintangi oleh para pelakon hebat ini seperti Eman Manan, Fazura, Fauziah Gous, Shah Jaszle, Erma Fatima, Remy Ishak, Aaron Aziz dan ramai lagi memang mendapat sambutan yang baik sebelum ia ditayangkan di kaca televisyen. Semua sudah maklum bahawa drama ini bercorak islamik. Sudah tentu para penonton tidak sabar untuk menantikannya kerana drama berbentuk sebegini tidak banyak di negera kita. Namun, itu hanyalah sebelum ia ditayangkan beberapa minggu yang lalu.

Tahajjud Cinta..


Sebelum aku mengulas dengan lebih, aku ingin memohon maaf jika penulisan aku ini bakal mengguris hati mana-mana pihak. Ini hanyalah dari pemerhatian dan pandangan aku sendiri sahaja.

Pada episod pertama drama ini, aku tak mengesan apa-apa lagi. Sehinggalah episod kedua minggu lepas. Bukan aku nak memperkecilkan drama ni ke apa. Cuma rasa tak kena dengan beberapa adegan dalam drama ni yang menyebabkan ketidakpuasan hati pelajar2 Mesir dan Jordan, bahkan juga rakyat Malaysia yang lain khususnya umat Islam. Impaknya, wujud beberapa page di facebook yang membantah tayangan drama ini.

Mungkin kerana ingin menonjolkan tema hak wanita menyebabkan nilai-nilai yang sepatutnya dijaga, terabai. Adegan-adegan sebegitu memburukkan persepsi masyarakat kepada muslimah yg memakai purdah.Seolah-olah pemakaian purdah itu hanyalah mengikut budaya atau trend persekitaran. Itu tidak adil sebenarnya.Ya, aku akui, memakai purdah adalah tidak wajib, dan aku sendiri tidak memakai purdah.

Sama juga seorang ustaz menyalami tangan perempuan yang bukan mahram. Adegan sebegitu sama sekali aku tidak bersetuju. Menunjukkan betapa jahilnya seorang muslimah yang menjaga akhlaknya dan kejahilan seorang ustaz. Tidak patut bukan? 

Mungkin bagi mereka, mereka ingin memaparkan realiti sebenar kehidupan. Tetapi bukan itu caranya. Bukan dengan cara yang menjatuhkan imej Islam. Pada pendapat aku, kita perlu mengambil contoh drama dan filem islamik dari negara seberang, seperti Kiamat Sudah Dekat, Ketika Cinta Bertasbih dan sebagainya. Jalan ceritanya memaparkan nilai-nilai keislaman yang sebenar.

Sekali lagi aku ingin memohon maaf jika ayat-ayat cinta aku ni mengguris hati mana-mana pihak. Dan aku berharap semoga, drama2 dan filem2 keislaman akan datang menitikberatkkan soal-soal sebegini. Supaya tidak menyentuh sensitiviti penganutnya. 


btw, apa pulak pandangan korang tentang drama ni??...jangan segan silu untuk bg pendapat korang ye...^_^


note: tengah sakit hati dengan satu group ni, yg x abes2 nak cari pasal nk gaduh,,,bengang aku ngn kengkawan yg lain. arap2 la dorg x buat hal lg...we just want peace!





3 comments:

kyra_shakirah said...

bagi saya..sangat memalukan..bukan nk bandingkan..tp cuba tgok cerita ketika cinta bertasbih..pelakon mereka klo ckp bahasa arab..sgt fasih..tak mcm pelakon citer ni..mcm x buat homework untk menjayakan lakonannya..bukan bahasa arab pasar pun dorg kene cakap..bahasa arab basic pun sebutir2 sebut..mcm nmpk sgt menghafal..x nmpk rial..saya lepas tgok mereka berdialog mcm tu..saya terus xnk tgok dh citer ni..memalukan..itu je yg saya dapat katakan..

Zahra Ameerah said...

em, sebab ima nak tau sgt cerita ni pasal ape, ima pun rajin gi search kt google. rupenye pasal mempertahankan hak wanita. okeh, itu ima tak kesah. tp, bile certain part ygdipertontonkan tu mcm lebih2, tu yg mcm buat rse tak nak tgk dah.

isu purdah tu pn mcm setuju jgk. kot ye pn ikut budaya, takyah la smpai berjalan berdua-duaan dgn laki. aiyooo..tak paham ima..

hartini said...

Zahra Ameerah--> betol tu ima...seolah2 memburukkan imej pemakai purdah...

Kyra_Shakirah-->yup...btol jugak...tp beselah depa ckp arab pon based on script...maybe susah bg dorang nk fasihkan...sbb bahasa arab merupakan bahasa yg paling fasih di dunia..so, no wonder lah dorang ckp sebutir-sebutir...


"Orang yang terlalu memikirkan akibat daripada sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani.." -Saidina Ali-

"The secret of success is constancy in purpose.."