Besmele-i Şerif Pictures, Images and Photos

Saturday, May 12, 2012

Menanti Cinta


Haramkah-Melly Goeslow 



Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan
*
*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan
**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin
Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas izinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta�

Tuesday, May 8, 2012

SABAR ITU INDAH

MENANTI CINTA-KRISDAYANTI (OST KETIKA CINTA BERTASBIH)


Sejak lama aku berdiri

dalam sepinya rongga hati

tak satu pun burung 
mampu menjawab
* hanya padaMu ku bertanya
lewat setiap sujudku ini
siapa kah nanti
cinta untukku

reff:
Wahai penilai hati lihat batinku
nyaris bernanah karna luka tersayat
merana menantikan cinta dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

repeat *
repeat reff
O
Rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
namun harus ku ikhlaskan nasib cintaku padaMu



Assalamualaikum w.b.t... 

Dah lama rasanya biarkan blog ni sunyi tanpa cerita baru. Opps...bukanlah cerita hot2, gosip2 gitu. Aku tak pandai nak bergosip okay! Post2 dalam blog ni hanyalah lahir dari cetusan fikiran, perasaan dan emosi aku sendiri saja..Akibat lama tak menulis, ayat aku pun mungkin dah jadi tunggang langgang sekarang. Tambah-tambah pulak sekarang ilmu mengolah isi seperti yang aku guna masa zaman2 SPM dulu dah lesap entah ke mana.



Sekarang, aku sedang berada di zon kekalutan semester 2 jadi student QS nih. Ye lah dah dekat akhir sem dah...final exam pun dah x sampai sebulan je lagi..dalam 2 minggu lebih je. Tapi, bila dah dekat nak exam ni lah busy dgn assignment, report, presentation dan segala bagai. Naik migraine aku nak kejar date line semua tu. Dahlah assignment byk buat dalam group. Kalau dapat ahli group yang okay takpelah, senang kerja, senang hati dan tak sakit hati. Tp bila dapat member yg banyak cekadak rasa macam nak lenyek2 je dorang buat cekodok. Sakit hati je. Tapi bila ingat balik, panjang lagi masa aku kat sini nak kena hadap muka-muka doran semu tu, kena SABAR je lah. Walaupun last sekali aku yg terkorban, jadi masa keadaan. 


Aku lebih rela buat banyak kerja, daripada terima kemarahan orang bila time buat kerja. Kalau x nak  siapkan kerja tu fine! Aku boleh handle sendiri. Tapi TOLONG jangan bagi pressure kat aku dengan marah2, emo x tentu pasal. Aku boleh je cool bila buat kerja last minit, tapi aku tak suka bila ada yang nak angin bila dah last minit. Okay, kita sama2 penat, tension, serabut semua tu. Tapi boleh tak kalau belajar SABAR. Buat keadaan tu tenang. Baru boleh selesaikan dengan mudah. Tolonglah faham wahai kawan-kawan. Sekarang ni lah masa korang nak belajar kawal emosi korang, kalau dalam alam kerjaya nanti korang tetap dengan perangai macam ni, tak taulah apa jadi nanti. Keyword dia hanya 'SABAR' dan satu lagi jangan pentingkan diri sendiri. Consider for others too. Jangan nak ikut kepala angin kita je.....Okaylah, malas dah nak ckp pasal ni. Maaf kalau ada yang terasa, aku hanya meluahkan apa yang terbuku di hati aku je sekarang. Asiff.




Bicara Hati


Aku tetap menunggu akan hadirnya saat itu. Saat yang aku sendiri belum pasti. Bilakah? Tapi aku yakin yang suatu hari nanti, I'll meet him. InsyaAllah. Itulah impian aku. Semoga akan ada lagi pertemuan aku dengan dia dalam keadaan yang diredhai Allah.


Sukar. Dan ianya amat sukar bila mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. Dan perit tentunya mengharapkan sesuatu yang belum menjadi milik mutlak kita. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saat rindu menerpa ke ruang hati. Betapa sengsaranya perasaan. Betapa sakitnya! Namun Allah itu Maha Penyayang, Maha Mengetahui segala apa yang ada di langit dan di bumi. Semuanya telah tertulis di Luth Mahfuz. Pasti ada hikmahnya, bila Allah menerbitkan perasaan yang dirasa ini terhadapnya. Dan tentunya ada sebab Allah mengaturkan pertemuan aku dengannya. Definitely!




There must be a certain distance between us. Perlu, untuk menjaga hati. Menjaga hati aku sendiri yang paling utama. Hati dia? Allahu'alam. Hanya Allah yang tahu apa yang ada di lubuk hatinya. 


"Ya Allah, aku redha dengan ketentuanMu. Sekiranya dia adalah pemilik tulang rusukku, dekatkanlah hati-hati kami. Namun, jika dirinya bukan tercipta untukku, kau hapuskanlah perasaanku untuknya. Kekalkanlah kami sebagai sahabat. Ya Allah, aku terima segala ketentuanMu untukku."


Segalanya akan indah tepat pada waktunya. Lepaskan dia pergi, jika memang dia ditakdirkan untuk kita, walau sejauh mana dia lari, setinggi mana dia terbang, pasti kesudahan dia akan kembali semula kepada kita. Dan jika dia tidak kembali, percayalah dia bukanlah insan yang ditakdirkan untuk kita. Dan sesungguhnya Allah akan menggantikan dia dengan orang yang lebih baik...Aamiin....


note: Kita pasti akan bertemu nanti..InsyaAllah. 


"Orang yang terlalu memikirkan akibat daripada sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani.." -Saidina Ali-

"The secret of success is constancy in purpose.."