Saturday, May 12, 2012

Menanti Cinta


Haramkah-Melly Goeslow 



Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan
*
*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan
**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin
Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas izinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta�

Tuesday, May 8, 2012

SABAR ITU INDAH

MENANTI CINTA-KRISDAYANTI (OST KETIKA CINTA BERTASBIH)


Sejak lama aku berdiri

dalam sepinya rongga hati

tak satu pun burung 
mampu menjawab
* hanya padaMu ku bertanya
lewat setiap sujudku ini
siapa kah nanti
cinta untukku

reff:
Wahai penilai hati lihat batinku
nyaris bernanah karna luka tersayat
merana menantikan cinta dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

repeat *
repeat reff
O
Rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
namun harus ku ikhlaskan nasib cintaku padaMu



Assalamualaikum w.b.t... 

Dah lama rasanya biarkan blog ni sunyi tanpa cerita baru. Opps...bukanlah cerita hot2, gosip2 gitu. Aku tak pandai nak bergosip okay! Post2 dalam blog ni hanyalah lahir dari cetusan fikiran, perasaan dan emosi aku sendiri saja..Akibat lama tak menulis, ayat aku pun mungkin dah jadi tunggang langgang sekarang. Tambah-tambah pulak sekarang ilmu mengolah isi seperti yang aku guna masa zaman2 SPM dulu dah lesap entah ke mana.



Sekarang, aku sedang berada di zon kekalutan semester 2 jadi student QS nih. Ye lah dah dekat akhir sem dah...final exam pun dah x sampai sebulan je lagi..dalam 2 minggu lebih je. Tapi, bila dah dekat nak exam ni lah busy dgn assignment, report, presentation dan segala bagai. Naik migraine aku nak kejar date line semua tu. Dahlah assignment byk buat dalam group. Kalau dapat ahli group yang okay takpelah, senang kerja, senang hati dan tak sakit hati. Tp bila dapat member yg banyak cekadak rasa macam nak lenyek2 je dorang buat cekodok. Sakit hati je. Tapi bila ingat balik, panjang lagi masa aku kat sini nak kena hadap muka-muka doran semu tu, kena SABAR je lah. Walaupun last sekali aku yg terkorban, jadi masa keadaan. 


Aku lebih rela buat banyak kerja, daripada terima kemarahan orang bila time buat kerja. Kalau x nak  siapkan kerja tu fine! Aku boleh handle sendiri. Tapi TOLONG jangan bagi pressure kat aku dengan marah2, emo x tentu pasal. Aku boleh je cool bila buat kerja last minit, tapi aku tak suka bila ada yang nak angin bila dah last minit. Okay, kita sama2 penat, tension, serabut semua tu. Tapi boleh tak kalau belajar SABAR. Buat keadaan tu tenang. Baru boleh selesaikan dengan mudah. Tolonglah faham wahai kawan-kawan. Sekarang ni lah masa korang nak belajar kawal emosi korang, kalau dalam alam kerjaya nanti korang tetap dengan perangai macam ni, tak taulah apa jadi nanti. Keyword dia hanya 'SABAR' dan satu lagi jangan pentingkan diri sendiri. Consider for others too. Jangan nak ikut kepala angin kita je.....Okaylah, malas dah nak ckp pasal ni. Maaf kalau ada yang terasa, aku hanya meluahkan apa yang terbuku di hati aku je sekarang. Asiff.




Bicara Hati


Aku tetap menunggu akan hadirnya saat itu. Saat yang aku sendiri belum pasti. Bilakah? Tapi aku yakin yang suatu hari nanti, I'll meet him. InsyaAllah. Itulah impian aku. Semoga akan ada lagi pertemuan aku dengan dia dalam keadaan yang diredhai Allah.


Sukar. Dan ianya amat sukar bila mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. Dan perit tentunya mengharapkan sesuatu yang belum menjadi milik mutlak kita. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saat rindu menerpa ke ruang hati. Betapa sengsaranya perasaan. Betapa sakitnya! Namun Allah itu Maha Penyayang, Maha Mengetahui segala apa yang ada di langit dan di bumi. Semuanya telah tertulis di Luth Mahfuz. Pasti ada hikmahnya, bila Allah menerbitkan perasaan yang dirasa ini terhadapnya. Dan tentunya ada sebab Allah mengaturkan pertemuan aku dengannya. Definitely!




There must be a certain distance between us. Perlu, untuk menjaga hati. Menjaga hati aku sendiri yang paling utama. Hati dia? Allahu'alam. Hanya Allah yang tahu apa yang ada di lubuk hatinya. 


"Ya Allah, aku redha dengan ketentuanMu. Sekiranya dia adalah pemilik tulang rusukku, dekatkanlah hati-hati kami. Namun, jika dirinya bukan tercipta untukku, kau hapuskanlah perasaanku untuknya. Kekalkanlah kami sebagai sahabat. Ya Allah, aku terima segala ketentuanMu untukku."


Segalanya akan indah tepat pada waktunya. Lepaskan dia pergi, jika memang dia ditakdirkan untuk kita, walau sejauh mana dia lari, setinggi mana dia terbang, pasti kesudahan dia akan kembali semula kepada kita. Dan jika dia tidak kembali, percayalah dia bukanlah insan yang ditakdirkan untuk kita. Dan sesungguhnya Allah akan menggantikan dia dengan orang yang lebih baik...Aamiin....


note: Kita pasti akan bertemu nanti..InsyaAllah. 

Wednesday, February 8, 2012

ONE IS OVER, TWO BEGINS

Assalamualaikum w.b.t..

First of all, a very big apologized for being late to update this blog. It's almost six months, I guess. Kawan-kawan aku, merangkap followers aku always keep questioning me, kenapa lama tak post entry baru. It's due to some reasons actually.

  1. Malas
  2. I've no idea to write about. 
  3. Due to hectic life of mine. Lots of assignment to do and submit, especially when it comes to the end of semester. In the meantime, I need to do some preparation for final exams. (Online twitter dengan fb rajin lah plak...haha)

Alhamdulillah, semester 1 bergelar pelajar Sarjana Muda Ukur Bahan, telah berakhir dengan jayanya. Cuti sem pun dah habis. Esok, the first class for semester 2 is going to be started. That means, new sem, new subjects, new lectures and of course new challenge has to be faced.


Result Sem 1?

Alhamdulillah, thanks to Allah. Walaupun still tak capai target untuk dapat Dean's List, at least aku masih berada di zon selamat. The result was unexpected. Sbb the subject yg memang aku takut fail, betul2 memberi kejutan. Aku just aim untuk pass je. Dapat C pun dah cukup bagus...huhu.. sbb masa jawab exam Environmental and Material Sciences (EMS) memang susah sangat. Even dah study bagai nak rak malam tu. Rasa lepas je keluar dewan exam tu aku nak bakar je kertas soalan tu. Tapi, xde mancis pulak nak bakar..haha.. Dengan soalan tu aku rasa, aku dah boleh jadi saintis dah. Tak perlu nak belajar sampai PHD dan dapatkan title PROF...haha...ye lah, banyak fakta sendiri aku reka, yang memang aku main hentam jawab je. Mesti lecturer yg marking kertas aku tu, gelak giler2 time marking. Dah lah bahasa Inggeris aku guna masa jwb exam tu dah tunggang langgang. Tulisan pulak, adik sikit dari tulisan doktor. Memang cakar ayam.. Haha..memang bajet repeat dah paper tu. Tapi, kuasa Allah yang menentukan segalanya. Keajaiban yang Allah berikan untuk aku dpt B+ subject tu. Alhamdulillah. Usaha aku stay up sampai pukul 4 pagi study utk paper tu berbaloi (sebelum ni, mmg x pernah nak stay up sampai pg semata-mata utk buat revision untuk exam..sebab aku memnag pemalas). Tu lah padahnya, bila belajar last minute, terpaksa korbankan malam before exam untuk fahamkan dan hafal fakta-fakta penting semua 12 bab kalau tak silap. Memang kerja gila!

Untuk subject lain pon lebih kurang jugak. Seemed, mostly core subjects untuk QS memang kena banyak baca dan hafal. I always take for granted at the beginning of the sem. Kalau seminggu sekali kelas untuk satu-satu subject tu, maka, seminggu sekalilah aku tengok nota. Tu pun, masa dalam kelas je. Bila dah akhir sem, betapa peritnya oii!!! Nak cover semua subjects yg ada lebih kurang 10 chapters utk setiap subjek. Dan di sini, aku dapat BELAJAR DARI KESILAPAN DAN PENYESALAN dari sem 1. 


ini dia jadual untuk semester 2 2011/2012 with 21.5 credit hours and 11 subjects
Aim for this sem?

Will try harder and harder to put myself into Dean's List Students. Regardless of anything happen, i want to get it at least once in a lifetime. Amin..^_^



Note: I always try to forget it, but it seems useless. I can't even in a minute. I'm sorry...huhu...dan aku percaya suatu hari nanti, aku akan temui jawapannya. Definitely, I must prepare for any possibilities. Percaya pada takdir Allah. Allah tahu apa yg terbaik untuk hambanya..



Friday, September 16, 2011

GARDEN KNOWLEDGE AND VIRTUE.....Perjuangan Bermula

Assalamualaikum w.b.t....

Lama betul rasanya aku tak meng'update' blog ni. Nak kata xde masa, memang taklah...masih lagi free tanpa sebarang assignment mahupun project. Jawapan yg paling tepat adalah malas dan ketandusan idea...

Sekarang, semuanya x seperti dulu...kalau kat UIA PJ dulu semuanya dekat..semuanya senang...sekarang ni, rasakan..nak pergi kafe pon terasa kejauhannya...apatah lagi nak pergi kulliyyah (fakulti)...kalau dulu, 5 minit sebelum start kelas baru nak terhegeh-hegeh jalan menuju ke kelas...sekarang ni, sekurang-kurangnya setengah jam awal dah kena jalan pergi kelas....haha...tapi, ada jugak kebaikannya bila aku ditempatkan di mahallah (asrama) hujung dunia ni...at least leh jgk exercise...alang2 cuti panjang dulu melepak je kerja....

Kalau dulu, bilik sebelah bilik dobi je...anytime, boleh basuh baju...ye lah, dulu sibuk dengan project2...bilik dah macam ape..sekarang ni, tempat dobi, jauh nun di blok yg paling depan...aku plak tinggal di blok yg paling hujung dalam Mahallah Maryam...tempat monyet2 duk bergayut...nasib baik bilik aku depa x pernah lg masuk nak curi makanan....xpe lah, course aku sekarang dah x perlu nak berumah tangga kat studio macam kwn2 aku yg amik course architecture, landscape architecture, applied art and design.....tp aku still lg kena involve dgn drawing...just utk working drawing je lah...yg penting aku x perlu lagi nak design, mendesign lagi...

hopefully, aku boleh survive dengan course aku sekarang..aku x perlu lagi nak potong jari aku macam dulu lagi....arap2, jgnlah ade sangkut dlm mana2 subject...kalo sangkut, mmg abislah...sbb mostly QS subjects pre-requisite subjects...amin...azam baru....semangat baru........get 3.00 above every sem........

Tadi baru je check result utk interview Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal (SLTP)...hahaha...and as i guess mmg x dpt...mungkin bukan rezeki aku utk jd tenaga pengajar nih....xde talent maybe...haha..it's okay...proceed je lah dgn PTPTN...JPA, malas nak ckp...mmg dah tau jawapan dia.......




whatever it is..bersyukur dengan apa yg ada...apa yg kita inginkan dalam hidup ini tak semestinya kita dapat..Allah knows the best....definitely...

Aku memerlukan kekuatan utk melawan perasaan sendiri...dan aku tahu, Allah dah tetapkan semua yg berlaku dan bakal berlaku...susah dan memang susah....meminjam kata-kata seorang teman, semuanya akan indah pada waktu dan ketikanya...peliharalah hati ini..agar aku bisa menggapai cintaMu...mendambakan kasihMu....lorongkan aku ke jalanMu........amin.....

Utamakan apa yang perlu diutamakan....laksanakan tanggungjawab yg dipertanggungjawabkan...semoga Allah mempermudahkan segala urusan......amin




note: plan for this weekend- will be going to Art Shop, Taman Melawati...jalan-jalan cari T-square, drafting tools and A1 tracing paper......(sape suruh tinggalkan T-square kat rumah...=,=')

Sunday, August 14, 2011

PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum w.b.t..



PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM BULAN RAMADHAN

Turunnya al-Quran

  • Para ulama' bersetuju bahawa al-Quran mula diturunkan pada bulan Ramadhan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahlu sunnah wal jamaah menerima bahawa al-Quran diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan dan oleh itu 17 Ramadhan diperingati sebagai hari turunnya wahyu (NuzulQuran) buat pertama kalinya (terdapat juga perbezaan pendapat mengenai perlu tidaknya peristiwa ini dirayakan). Pada malam tersebut surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5 diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w. sedang berada di Gua Hira'. Peringatan peristiwa ini biasanya dilakukan dengan acara ceramah di masjid-masjid.

Lailatul Qadar
  • Lailatul Qadar (malam ketetapan), adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Malam ini dikatakan dalam al-Quran pada surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan. Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ianya berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadhan. Walaubagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadhan sambil beribadah sepanjang malam.

Lain-lain
Terdapat banyak peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ini. Antaranya:
    • 10 Ramadhan 8 H: Pembukaan Makkah (630 M)
    • 17 Ramadhan 2 H: Perang Badar (624 M)

Oleh itu, marilah kita sama-sama merebut peluang mendapat ganjaran di bulan yang penuh barakah ini.


note: Ya Allah, tetapkanlah hatiku....

Friday, August 5, 2011

BILA WAKTU TELAH BERAKHIR

Assalamualaikum semua...

Hari ini sudah 5 hari umat Islam berpuasa. Esok dah masuk 6 hari. Cepat sungguh waktu berlalu. Okey, malam ini aku tak nak cakap banyak, sebab memang i've no idea or lebih tepat lagi malas nak menulis. Whatever! Aku nak korang semua hayati lagu ni, confirm menyentuh perasaan. So, sama-samalah kita hayati lagu dendangan OPICK ni..liriknya memang bagus...




OPICK-BILA WAKTU TELAH BERAKHIR



Bagaimana kau merasa bangga

Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya

Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil

Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi



note: susah nak buat benda baik ni...=,='

"Orang yang terlalu memikirkan akibat daripada sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani.." -Saidina Ali-

"The secret of success is constancy in purpose.."