Besmele-i Şerif Pictures, Images and Photos

Sunday, August 14, 2011

PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum w.b.t..



PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM BULAN RAMADHAN

Turunnya al-Quran

  • Para ulama' bersetuju bahawa al-Quran mula diturunkan pada bulan Ramadhan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahlu sunnah wal jamaah menerima bahawa al-Quran diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan dan oleh itu 17 Ramadhan diperingati sebagai hari turunnya wahyu (NuzulQuran) buat pertama kalinya (terdapat juga perbezaan pendapat mengenai perlu tidaknya peristiwa ini dirayakan). Pada malam tersebut surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5 diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w. sedang berada di Gua Hira'. Peringatan peristiwa ini biasanya dilakukan dengan acara ceramah di masjid-masjid.

Lailatul Qadar
  • Lailatul Qadar (malam ketetapan), adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Malam ini dikatakan dalam al-Quran pada surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan. Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ianya berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadhan. Walaubagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadhan sambil beribadah sepanjang malam.

Lain-lain
Terdapat banyak peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ini. Antaranya:
    • 10 Ramadhan 8 H: Pembukaan Makkah (630 M)
    • 17 Ramadhan 2 H: Perang Badar (624 M)

Oleh itu, marilah kita sama-sama merebut peluang mendapat ganjaran di bulan yang penuh barakah ini.


note: Ya Allah, tetapkanlah hatiku....

Friday, August 5, 2011

BILA WAKTU TELAH BERAKHIR

Assalamualaikum semua...

Hari ini sudah 5 hari umat Islam berpuasa. Esok dah masuk 6 hari. Cepat sungguh waktu berlalu. Okey, malam ini aku tak nak cakap banyak, sebab memang i've no idea or lebih tepat lagi malas nak menulis. Whatever! Aku nak korang semua hayati lagu ni, confirm menyentuh perasaan. So, sama-samalah kita hayati lagu dendangan OPICK ni..liriknya memang bagus...




OPICK-BILA WAKTU TELAH BERAKHIR



Bagaimana kau merasa bangga

Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya

Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil

Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi



note: susah nak buat benda baik ni...=,='

Tuesday, August 2, 2011

TANPAMU...

Assalamualaikum w.b.t...

Malam ni tiba-tiba rasa nak share lirik lagu ni...




SABHI SADDI & HELENA INDONESIAN IDOL - TANPAMU


(OST NUR KASIH THE MOVIE)




Tanpamu hidup jadi sunyi

Tanpamu ku seakan mati

Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Tanpamu aku kan tersesat

Tanpamu tiada lagi hasrat

Tanpamu seakan jantungku berhenti





Kau yang terindah dalam hidup ini

Dan takkan pernah berubah selamanya

Aku terlahir hanyalah untuk kamu

Jadi pelindung dirimu

Tanpamu nafasku terhenti

Kernamu ku ada di sini

Tetap bersamaku

Selalu disampingku

Untuk selamanya

Kasih yakinlah kepada diriku

Sayang dan cintaku pun hanya untukmu

Dan takkan berubah untuk selamanya

Cintaku padamu




note: Ya Allah selamatkanlah sahabatku...semoga kami dapat menunaikan permintaannya untuk berkumpul semula...Ya Allah, makbulkanlah permintaannya...supaya dia dapat mengharungi liku-liku kehidupannya dengan keceriaan...



"Orang yang terlalu memikirkan akibat daripada sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani.." -Saidina Ali-

"The secret of success is constancy in purpose.."