Besmele-i Şerif Pictures, Images and Photos

Thursday, July 21, 2011

CERITA SERAM LAGI

Assalamualaikum semua...

Malam ni adalah malam Jumaat. Macam biasalah, kat TV3 pukul 9.30 malam mesti ada cerita seram. Sekarang ni, slot cerita seram tu, cerita You Saka Pergi Jauh-Jauh. Minggu ni, dah episod ke berapa, aku sendiri pun x ingat. Tiap-tiap minggu mesti aku dengan mama jadi penunggu setia slot seram ni. Kami dua beranak memang peminat setia cerita seram hantu-hantu ni. Especially, mama aku. 

Okay, berbalik kepada cerita You Saka Pergi Jauh-Jauh ni. First time, dengar tajuk memang dah sure cerita ni cerita lawak. Even disiarkan dalam slot Seram TV3 pun. Haha...Secondly, bila tengok pelakon yang membintangi drama ni, iaitu Nabil Raja Lawak, Eira Syazira, Fauzi Nawawi, Amyza Aznan, Roy Azman dan ramai lagi. Seriously, memang confirm cerita ni mmg sure lawak.

Aku paling suka watak Fauzi Nawawi dalam cerita ni sebagai Pak Berahim bapak kepada Adrus (Nabil). Seriously, memang tergelak sakan aku bila dia bawa watak sebagai bomoh. Watak dia memang selamba. Aku masih ingat lagi dalam episod ke berapa entah..bila dia ada sebut perkataan Jin Pepon, Jin Telan Kabat time dok cari hantu yang bernama Gelam. Paling tak lupa jugak episod minggu lepas, bila dia konon-konon nak mengubat anak kepada Datin Salina, Fauzan. Sempat lagi dia cakap ada Jin Clubbing dalam badan Fauzan tu.

Sesiapa yang belum menonton cerita ni, tengoklah. Pasti mencuit hati korang semua. Aku harap-harap ending cerita ni x macam ending cerita Mentera Anjasmoro dulu...seriously, aku memang x puas hati. Tapi nasib baik kesudahan cerita Mentera Anjasmoro akan disudahkan dalam slot Cekerarama..tajuknya Sumpahan Anjasmoro..





promo untuk drama You Saka Pergi Jauh-Jauh

So, korang semua..janganlah takut sangat dengan hantu setan ni. sebab bagi aku dorang ni pun makhluk Allah s.w.t..kita sepatutnya lebih takutkan Allah daripada segalanya..Jangan disebabkan terlalu takutkan hantu, akidah kita sebagai seorang muslim dan mukmin terjejas.



note: konfem orang2 sekampung aku boleh tgk cerita hantu macam ni...hehe...just kidding..

2 comments:

taliff said...

Betul Tu! Takutkan Allah daripada makhluk lain di Muka Bumi. Peringatan yang baik bro. :)

hartini said...

yup...btul tu...btw, sy sis bkn bro...hehe...:)


"Orang yang terlalu memikirkan akibat daripada sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani.." -Saidina Ali-

"The secret of success is constancy in purpose.."