Besmele-i Şerif Pictures, Images and Photos

Tuesday, July 26, 2011

MENGGAMIT KENANGAN : WHERE THE JOURNEY BEGINS

Assalamualaikum w.b.t...

How do i begin?? Okay, it's all about the wonderful moments that ever happened in my life.. Frankly said, i really miss that time. The time that i had force myself to achieve my goal, without thinking the 'fail' word. I was just thinking how could i be the best student..haha..*berlagakla plak*...

Di sinilah tempat aku menuntut ilmu, selepas frust menonggeng tak dapat masuk sekolah berasrama penuh dan MRSM selepas UPSR...frust giler2 aaaaaa....bila tengok keputusan permohonan.."DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PERMOHONAN ANDA TIDAK BERJAYA"...OMG!!! banyak bulan jugaklah duk pujuk hati ni..huhu...so, di sekolah ini lah bermulanya AZAM BARU...TINGKATAN 1...
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENDONG

Aku bukan nak cerita pasal sejarah penubuhan atau latar belakang sekolah ni, tp aku nak cerita serba sedikit tentang kenangan aku dengan sekolah ni. Alang-alang aku, Hafizah, Wahida (Along) dan Rasyida pergi melawat sekolah pagi semalam.

Aku dan budak bertiga tu satu kelas, dari tingkatan 1 sampai tingkatan 3. Tingkatan 4 masing-masing bawak diri ke sekolah baru. Aku ke SM Sains Pasir Puteh, Hafizah (SM Sains Seri Puteri), Rasyida (SM Sains Muar) dan Along (MRSM Kuala Berang) untuk melengkap hidup tahap SPM...tahun kitorang lah, paling ramai student transfer pergi MRSM, SBP dan sekolah2 khas yang lain...

Ini dia budak bertuah 3 orang tu, from left syida, along, hafizah...gambar aku??...x perlu...sbb nampak sangat tahap ketembaman aku di sini...haha

Kelas kami nama Arif...1 Arif..2 Arif...3 Arif...satu-satunya kelas yang menawarkan subjek Bahasa Arab Komunikasi PMR...Kelas kitorang ramai perempuan..Aku pun tak ingat berapa actual number budak perempuan kelas kitorang. Tapi, for sure aku ingat lebih dari 30 orang. Budak laki plak, 8 ketul je. Pemuda harapan bangsa tuh, si Hazimin, Rafi, Faiz, Lukmal, Qari, Alif, Fadhli dan Ansari...hehe...lebih-lebih lagi si Lukmal Hakim tu, ramai peminat...peminat???...haha...ye ke??...bukan dia yg minat???...

Belajar Bahasa Arab for the first time ever. Kat sini lah, aku kenal nombor, dari x reti satu habuk, jadi pandai tahu serba sedikit tentang basic komunikasi Bahasa Arab.

Ni dia bilik pengawas...tempat yang selalu aku ngn kawan2 pengawas kena 'punch card' setiap pagi..

Warna biru macam balai polis. Maklumlah kitorang ni jadi 'polis' sekolah setiap pagi kena datang kat sini kena turunkan tandatangan. Then, baru boleh buat duty. Paling aku suka bila time aku kena jaga pintu pagar (Biro Kedatangan dan Ponteng) ambik nama pelajar lewat. Best kot, dengan aku a sekali tak masuk kelas..burn lah 2 slot subjek waktu pagi..hahaha...best sangat, nak2 kalau time tak siap homework, aku sukalah merajinkan diri menolong pengawas-pengawas lain pergi cari budak2 yg x datang sekolah hari sebelumnya, atau cari budak ponteng...kantoi, aku pengawas yg really2 'skema'...haha...paling best jgk bila tengok cikgu disiplin rotan budak2 ponteng secara live depan mata...

Pengalaman menaikkan bendera semasa perhimpunan jugak aku dapat..(perhimpunan pagi sebelum masuk kelas je, perhimpunan mingguan hari Ahad tu, bagi pengawas lelaki lah)..Paling tak lupa jugak kitorang duk kutuk akak2 dan abang2 exco badan pengawas..kalau diorang marah kitorang, x sah kalau kitorang x kutuk..*kutuk belakang je, bukan berani kutuk depan*..tp best jugak jadi pengawas, boleh berlagak dengan student lain...ahakz....

Ini Cikgu Yanti Hartiny (yg kat tengah2 sebelah aku yg tembam tu)..cikgu yanti ni ajar kitorang KHB (Perdagangan dan Keusahawanan)..Cantikkan cikgu even dah ada anak 2??...cikgu yanti ni asal Muar, Johor, berketurunan Bugis...


Yang ni plak Cikgu Baznita bkn Bazita watak dalam dragon ball tu..hehe..maaf cikgu, teringat balik, bila budak-budak laki dalam kelas panggil cikgu macam tu,,,dah la kantoi dgn cikgu...haha...padan muka diorang...
Cikgu Baznita ni ajar kitorang Sains masa form 1...best ckgu ni ajar..serius, mmg aku totally dapat A time form 1 tu...ngeh3...still igt, masa cikgu belanja aku dgn Hafizah KFC sebab dapat markah tertinggi dalam peperiksaan akhir tahun...terima kasih cikgu (nada dalam upin ipin)...


these two pictures are interior in the library...library yang menjadi simbol kebanggaan warga SMK Tendong...




Lama jugaklah kitorang lepak kat sekolah semalam. sampai kat sekolah lebih kurang pukul 9.45 pg..Mula-mula kitorang pergi pejabat sekolah, teman Along amik sijil PMR..perghh!!!...dah berapa tahun dah tu??...hehe...nasib baik ada... Lepas tu, duk sembang dengan Cikgu Rozinah, lama jugaklah,,lebih-lebih lagi dia duk sembang dengan Syida pasal nak fly g Manipal lepas raya...ya lah, Syida dan anak beliau (Afiq) satu kolej..buat IB sama2...dan Afiq jugak classmate aku masa sekolah rendah, darjah 1-6...

Then, jumpa Cikgu Yanty...Tapi tak lama sangat sebab cikgu ada kelas..After that, we moved to library..Di situlah jumpa cikgu Baznita...Lama jugaklah duk borak2 dgn cikgu Baznita bila dia tahu Along duk kat Beijing sekarang..hehe...sebab cikgu nak kirim alas meja dari sana...haha...leh jd duta produk alas meja dari Beijing...

Then moved, jumpa Cikgu Norhayati..Pastu pergi bilik guru jumpa cikgu-cikgu lain...Cikgu Sharifah, Cikgu Rosilawati, Cikgu Rejab, Cikgu Rohaizan...Tapi for sure paling lama borak dengan Cikgu Marlinawati..Along cerita pasal experience dia duk kat China..naik lenguh jugak lah kaki...haha...pastu, masa time nak keluar tu plak, jumpa dengan ustazah Bahasa Arab kitorang, Ustazah Zuraini dan Ustazah Saniah..Sembang2 kejap tanya perkembangan kitorang...Pastu, Ustaz Kamarul, guru kelas kitorang time Form 3, pulak masuk dalam bilik guru..

Hehe,,mostly cikgu-cikgu still ingat muka kitorang..cuma nama kitorang tu diorang x ingat...haha...tp paling best bila Cikgu Yanti, Cikgu Baznita dan Ustaz Kamarul still cam aku...haha...Whatever it was, i really enjoyed yesterday..lupa sebentar krisis yang melanda aku malam sebelum tu....sampai lewat tidur duk 'berperang' kat FB...

Along sekarang dah stay kat Beijing..sekarang dah tahun dua kalau tak silap...dia amik Bahasa Mandarin kat sana..under program perguruan...Syida pulak lepas raya ni, akan fly ke Manipal, India..untuk pursue Medic...Pijah plak skang dah tahun kedua kat UiTM in Bachelor of Accountancy...dan aku??...will further my studies in UIAM for Quantity Surveying...baru nak masuk 1st year...huhu...xpe, biar lambat, asal selamat...
Untuk kawan2 satu batch, tak kiralah sekelas ke tak...good luck ye semua...We are the best!!!



dataran perhimpunan untuk hari ahad...
before balik amik gambar kenangan kat sini...
note: terasa jealous bila tgk kawan2 ramai dah fly dan bakal fly...huhu...tapi xpelah...sebab memang sudah tertulis rezeki aku di UIA....UIAM is also international what??...haha....jumpa jugak ramai foreigner...jangan tersangkut dengan foreigner sudah....=p

2 comments:

Rasyida Mohd Ramli said...

weee~~suko suko suko....XD...gamba mee celup x dop kow hehe...

hartini said...

hehe...aku lupa nk add dlm post..padahal upload doh...


"Orang yang terlalu memikirkan akibat daripada sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani.." -Saidina Ali-

"The secret of success is constancy in purpose.."