Besmele-i Şerif Pictures, Images and Photos

Monday, May 18, 2009

CARA MENGENDALIKAN KEMARAHAN...

ZIKIR MENTENTERAMKAN HATI

Allah s.w.t berfirman, "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.."
(Surah Ar-Ra'd ayat 28)


MENGAWAL KEMARAHAN

Sabda Nabi Muhammad s.a.w, "Tidaklah kekuatan. Namun, yang kuat ini adalah yang dapat mengendalikan dirinya ketika marah."
(HR. Bukhari)


BERWUDUK

Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu dibuat daripada api. Api pula hanya boleh dipadamkan dengan air. Oleh itu, jika seseorang daripada kamu yang marah maka bewuduklah."


SEGERA MEMBAWA TA'AWWUDZ

Menurut hadis riwayat Muslim, Rasulullah bersabda,"Sungguh aku ingin mengajari satu ucapan seandainya ia diucapkan tentu hilang rasa marah iaitu dengan membaca ta'awwudz."

'Aku belindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk, dari semburannya (yang menyebabkan gila), dari kesombongannya (yang menyebabkan kerosakan akhlak).'
(HR. Abu Daud, Ibnu Majah, Daraguthni dan Hakim)


BERUSAHA DIAM

Nabi Muhammad bersabda, "Apabila salah seorang antara kamu marah maka diamlah."
(HR. Ahmad)


sumber: majalah dara.com

No comments:


"Orang yang terlalu memikirkan akibat daripada sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani.." -Saidina Ali-

"The secret of success is constancy in purpose.."