Besmele-i Şerif Pictures, Images and Photos

Tuesday, February 15, 2011

TIADA ISTILAH HARI KEKASIH

Assalamualaikum w.b.t...

Sudah lama blog ini tidak ku sentuh..dah naik sawang pon...maaflah sebab agak busy lately ditambah dgn kemalasan utk menulis..(idea ade jek, tp beselah ak ni 1st2 idea mencurah2..tp bila da sampai tgh jalan tibe2 blank...lain yg nk tulis,,lain yg ditulis)...

Erm,,tarikh 14 February...semua tahu kan...??...hari menyambut kekasih..eh, salah...hari kekasih...ak sambut ke??...ye, sambut sgt sampai x tidur malam disebabkannya..ehemm2...jgn salah phm plak...xde maknenya ak sambut....HARAM....so, umat Islam jgnlah sesekali menyambutnya..ia ditegah sama sekali...

Menghampiri Zina

sudah tentu...sedangkan couple tu pon dah haram inikan pula valentine's day...(maaf jika ada yg terasa..saya cuma tulis apa yg sebetulnya)..

Hukum Sambutan Valentine Day

Dan sesiapa yang mencari agama lain selain dari Islam, ia tidak akan sesekali diterima oleh-Nya, dan kelak di akhirat dia akan termasuk di dalam golongan orang-orang yang rugi”
[Aal ‘Imran 3:85]

Dan baginda Rasulullah s.a.w. telah mengkhabarkan kepada kita bahawa sekumpulan ummatnya akan mengikuti musuh-musuh Allah di dalam sebahagian adat dan upacara mereka, dan dikhabarkan di dalam hadith riwayat Abu Sa’eed Al-Khudri r.a., yang meriwayatkan bahawa nabi s.a.w. bersabda: “Kamu semestinya akan mengikuti jalan- jalan mereka yang dating sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, hasta demi hasta, sehingga ketika mereka memasuki lubang biawak, kamu akan mengikuti mereka.” Kami berkata, “Ya Rasulullah, (adakah tuan maksudkan) Yahudi dan Kristian?” Baginda bersabda, “Adakah sesiapa lagi?!”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam al-I’tisaam bi‘l-Kitaab wa’l-Sunnah, Baab Qawl al-Nabi s.a.w. La tattabi’unna Sanan man kaana qablakum, 8/151; dan oleh Muslim di dalam Kitaab al-‘Ilm, Baab Ittibaa’ Sanan al-Yahood wa’l- Nasaara, 4/2054)

Antara Simbol-Simbol Penting Perayaan ini

1- Menunjukkan rasa gembira pada perayaan ini, sebagaimana di dalam festival-festival utama mereka yang lain.

2- Menukar ros merah, yang merupakan luahan rasa cinta, “cinta spiritual” orang-orang pagan ataupun “cinta” orang-orang Kristian. Oleh kerana itu ia dikenali sebagai Festival Kekasih.

3- Menghantar kad-kad ucapan. Pada sesetengah kad-kad ini terdapat gambar “Cupid”, yang seperti seorang kanak-kanak dengan dua sayap, membawa busar dan anak panah. Ini merupakan dewa cinta di kalangan pagan-pagan Rom-Maha Suci Allah, jauh dari segala kepalsuan mereka dan penyengutuan mereka terhadap Allah.

4- Menukar kata-kata cinta dan keinginan di dalam kad-kad ucapan yang mereka hantar kepada satu sama lain, di dalam ayat, prosa dan frasa ringkas. Se
Font size
setengah kad mengandungi gambar-gambar komik dan lawak jenaka, dan ia selalunya mengandungi ungkapan ‘jadilah Valentineku’. Ini mewakili konsep Kristian tentang festival ini setelah ia diambil dari konsep pagan.

5- Di kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut dan pada waktu petang, di mana berlaku percampuran lelaki dan perempuan, dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada si isteri, kawan-kawan dan sesiapa yang mereka cintai.

so, kalau nk bace lebih lanjut klik kat sumber tu...

k, bg aku mmg tiada istilah hari kekasih...sbb mstilah org akan kata..."dah ko xde boyfren mmg la x sambut.."...mungkin itu yg akan dinyatakan....sbb pertama adalah kerana itu adalah ajaran kristian...so, aku xnak menyambutnya even ngan suami aku nnti sekalipun...hehe...bg aku,,,dalam perkahwinan nnti bermulanya upacara akad nikah hinggalah sampai hujung nyawa adalah hari kekasih bgku...bile yg haram menjadi halal...itu lebih indah...n yg penting adalah mendapat keberkatan yg Maha Esa..

Umur aku tahun ni dah nak masuk 20....soalan2 yg sering ak terima:
  • ...xde pakwe lg ke??...haha...seriously, mmg xde...
  • pernah kapel?? berapa kali??....dgn bangganya ak jawab x pernah even skali pon..
  • xkan x pernah jatuh cinta kot...??...jatuh cinta tu pernahlah...tp x bermakna kapel...
yalah...persekitaran aku..x kira lah kat rumah ke...kat tempat belajar ke...ramai kwn2 sebaya aku bercouple...cuma aku je xde...haha..."dah muka x lawa...sape lah yg nak?...ade ke laki nk approach??..xde pakej..."....mgkin atas sebab2 itu....hehe...actually,,tu hanyalah alasan sampingan...sbb aku tgk ramai je org yg lebih teruk dr ak bercouple (sorry, jika terasa)...what a nice feeling xde kapel sekarang..x rugi kalau x bercinta sekarang....that's not the priority...

mmg x dinafikan perasaan ingin bercinta tu ada...perasaan ingin dibelai, disayangi...klu ckp xde perasaan tu mmg x normal la....haha...tp bile pikir2 blek being single like this is the best...leh kwn je ngn sape2 yg kite suke...as long jgn sampai melebihi batas lah...

prioriti sekarang:
  • belajar...
  • gembirakan hati mak ayah
  • kejar cita2
  • mantapkan keimanan
kalau boleh biarlah aku mengecapi cinta selepas kahwin...sbb cinta slps tu adalah lebih indah n berkat...sudah menjadi kekasih halal...

kurniakanlah daku seorang lelaki yg beriman yg bisa mendidikku ke jalanMu..
kurniakanlah daku seorang pria yg gagah yg bisa melindungiku..
kurniakanlah daku seorang arjuna yg pintar yg bisa membimbingku dr tipu helah manusia yg menyesatkanku dr jalanMu..
Kurniakanlah daku seorang mukmin yg mencintaiMu melebihi segalanya..agar cintaku padaMu akan melebihi cintaku padanya...
Agar di alam yg kekal nanti, kami bisa mengecapi jannahMu...


i'll prefer to be single until married...utk mengecapi kemanisan cinta selepas itu...such a good feeling instead...jika x kapel sebelum tibe masenya....agar diriku terhindar dr perkara ini.. amin..

note: story ttg projek designku akan diupdate dlm entry selepas ini...




2 comments:

~ SerikaNdi0reN ~ [^_^] said...

mantap ! :)

hartini said...

thanx aini....campur google gak...hehe


"Orang yang terlalu memikirkan akibat daripada sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani.." -Saidina Ali-

"The secret of success is constancy in purpose.."