Euthanasia (Mercy Killing)
- kematian secara mudah atau tanpa kesakitan. Sengaja mengakhiri kehidupan seseorang yg menderita sakit yg sudah tdk dpt diubati atau kesakitan yg tdk tertanggung..
Jenis2 euthanasia
- Euthanasia aktif: mmpercepatkan kematian seseorg dgn tindakan secara lgsg sprti menyuntik ubatan tertentu yg boleh mmbawa maut dgn segera
- Euthanasia pasif: memprcptkan kematian seseorg secara tidak lgsung sprt dgn cara menghentikan bekalan mknn, air, ubatan atau prosedur2 yg perlu bg meneruskan hidup pesakit.
- Euthanasia sukarela (voluntary): apabila seseotrg yg dipercepatkan kematiannye berdasarkan permintaannya sama ada secara lisan atau bertulis.
- Non-voluntary euthanasia: apabila seseorg yg dipercepatkn kematiannye tidak mmbuat sbrg permintaan atau wasiat supaya dipercepatkan kematiannya. merujuk juga kpd proses mempercepatkan kematian pesakit dlm koma atau x mmpu memberikan reaksi yg dpt difahami. Dlm kes ini, biasanya ahli keluarga pesakit yg memohon supaya dipercepatkan kematian.
- Involuntary euthanasia: pesakit sendiri telah meminta supaya tdk mempercepatkan kematiannya.
Adakah Islam membenarkannya??
- kebanyakan ulama' berpendapat euthanasia adalah haram. Dr Yusuf Al-Qardawi menerangkan bahawa euthanasia aktik adalah haram kerana doktor bertindak mengakhiri hayat pesakit dgn menyuntik bahan tertentu, kejutan elektrik n senjata tajam. Hal ini adalah sama dengan membunuh n membunuh adalah dosa besar dalam Islam. Beliau berpendapat bahawamenghentikan rawatan kepada pesakit adalah dibenarkan dalam Islam dgn syarat setelah pakar2 bersepakat bahawa pesakit tersebut sudah tidak ada harapan lg utk sembuh.
Kenapa Islam melarang??
- Islam tdk membenarkn membunuh diri kerana manusia bkn pencipta kpd diri mereka sendiri dan bkn pemilik mutlak. Manusia diamanahkan utk menjaga tubuh bdn dgn baik supaya dpt mengikut landasan yg telah ditetapkan. Kematian adalah sesuatu yg telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan Allah lah yg memiliki seluruh kehidupan....
"Apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka dapat mendahulukan."
-surah An-Nahl:61-
"Dan setiap makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah."
-surah Ali-Imran:145-
No comments:
Post a Comment