Besmele-i Şerif Pictures, Images and Photos

Friday, September 16, 2011

GARDEN KNOWLEDGE AND VIRTUE.....Perjuangan Bermula

Assalamualaikum w.b.t....

Lama betul rasanya aku tak meng'update' blog ni. Nak kata xde masa, memang taklah...masih lagi free tanpa sebarang assignment mahupun project. Jawapan yg paling tepat adalah malas dan ketandusan idea...

Sekarang, semuanya x seperti dulu...kalau kat UIA PJ dulu semuanya dekat..semuanya senang...sekarang ni, rasakan..nak pergi kafe pon terasa kejauhannya...apatah lagi nak pergi kulliyyah (fakulti)...kalau dulu, 5 minit sebelum start kelas baru nak terhegeh-hegeh jalan menuju ke kelas...sekarang ni, sekurang-kurangnya setengah jam awal dah kena jalan pergi kelas....haha...tapi, ada jugak kebaikannya bila aku ditempatkan di mahallah (asrama) hujung dunia ni...at least leh jgk exercise...alang2 cuti panjang dulu melepak je kerja....

Kalau dulu, bilik sebelah bilik dobi je...anytime, boleh basuh baju...ye lah, dulu sibuk dengan project2...bilik dah macam ape..sekarang ni, tempat dobi, jauh nun di blok yg paling depan...aku plak tinggal di blok yg paling hujung dalam Mahallah Maryam...tempat monyet2 duk bergayut...nasib baik bilik aku depa x pernah lg masuk nak curi makanan....xpe lah, course aku sekarang dah x perlu nak berumah tangga kat studio macam kwn2 aku yg amik course architecture, landscape architecture, applied art and design.....tp aku still lg kena involve dgn drawing...just utk working drawing je lah...yg penting aku x perlu lagi nak design, mendesign lagi...

hopefully, aku boleh survive dengan course aku sekarang..aku x perlu lagi nak potong jari aku macam dulu lagi....arap2, jgnlah ade sangkut dlm mana2 subject...kalo sangkut, mmg abislah...sbb mostly QS subjects pre-requisite subjects...amin...azam baru....semangat baru........get 3.00 above every sem........

Tadi baru je check result utk interview Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal (SLTP)...hahaha...and as i guess mmg x dpt...mungkin bukan rezeki aku utk jd tenaga pengajar nih....xde talent maybe...haha..it's okay...proceed je lah dgn PTPTN...JPA, malas nak ckp...mmg dah tau jawapan dia.......




whatever it is..bersyukur dengan apa yg ada...apa yg kita inginkan dalam hidup ini tak semestinya kita dapat..Allah knows the best....definitely...

Aku memerlukan kekuatan utk melawan perasaan sendiri...dan aku tahu, Allah dah tetapkan semua yg berlaku dan bakal berlaku...susah dan memang susah....meminjam kata-kata seorang teman, semuanya akan indah pada waktu dan ketikanya...peliharalah hati ini..agar aku bisa menggapai cintaMu...mendambakan kasihMu....lorongkan aku ke jalanMu........amin.....

Utamakan apa yang perlu diutamakan....laksanakan tanggungjawab yg dipertanggungjawabkan...semoga Allah mempermudahkan segala urusan......amin




note: plan for this weekend- will be going to Art Shop, Taman Melawati...jalan-jalan cari T-square, drafting tools and A1 tracing paper......(sape suruh tinggalkan T-square kat rumah...=,=')

Sunday, August 14, 2011

PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum w.b.t..



PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM BULAN RAMADHAN

Turunnya al-Quran

  • Para ulama' bersetuju bahawa al-Quran mula diturunkan pada bulan Ramadhan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahlu sunnah wal jamaah menerima bahawa al-Quran diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan dan oleh itu 17 Ramadhan diperingati sebagai hari turunnya wahyu (NuzulQuran) buat pertama kalinya (terdapat juga perbezaan pendapat mengenai perlu tidaknya peristiwa ini dirayakan). Pada malam tersebut surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5 diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w. sedang berada di Gua Hira'. Peringatan peristiwa ini biasanya dilakukan dengan acara ceramah di masjid-masjid.

Lailatul Qadar
  • Lailatul Qadar (malam ketetapan), adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Malam ini dikatakan dalam al-Quran pada surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan. Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ianya berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadhan. Walaubagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadhan sambil beribadah sepanjang malam.

Lain-lain
Terdapat banyak peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ini. Antaranya:
    • 10 Ramadhan 8 H: Pembukaan Makkah (630 M)
    • 17 Ramadhan 2 H: Perang Badar (624 M)

Oleh itu, marilah kita sama-sama merebut peluang mendapat ganjaran di bulan yang penuh barakah ini.


note: Ya Allah, tetapkanlah hatiku....

Friday, August 5, 2011

BILA WAKTU TELAH BERAKHIR

Assalamualaikum semua...

Hari ini sudah 5 hari umat Islam berpuasa. Esok dah masuk 6 hari. Cepat sungguh waktu berlalu. Okey, malam ini aku tak nak cakap banyak, sebab memang i've no idea or lebih tepat lagi malas nak menulis. Whatever! Aku nak korang semua hayati lagu ni, confirm menyentuh perasaan. So, sama-samalah kita hayati lagu dendangan OPICK ni..liriknya memang bagus...




OPICK-BILA WAKTU TELAH BERAKHIR



Bagaimana kau merasa bangga

Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya

Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil

Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi



note: susah nak buat benda baik ni...=,='

Tuesday, August 2, 2011

TANPAMU...

Assalamualaikum w.b.t...

Malam ni tiba-tiba rasa nak share lirik lagu ni...




SABHI SADDI & HELENA INDONESIAN IDOL - TANPAMU


(OST NUR KASIH THE MOVIE)




Tanpamu hidup jadi sunyi

Tanpamu ku seakan mati

Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Tanpamu aku kan tersesat

Tanpamu tiada lagi hasrat

Tanpamu seakan jantungku berhenti





Kau yang terindah dalam hidup ini

Dan takkan pernah berubah selamanya

Aku terlahir hanyalah untuk kamu

Jadi pelindung dirimu

Tanpamu nafasku terhenti

Kernamu ku ada di sini

Tetap bersamaku

Selalu disampingku

Untuk selamanya

Kasih yakinlah kepada diriku

Sayang dan cintaku pun hanya untukmu

Dan takkan berubah untuk selamanya

Cintaku padamu




note: Ya Allah selamatkanlah sahabatku...semoga kami dapat menunaikan permintaannya untuk berkumpul semula...Ya Allah, makbulkanlah permintaannya...supaya dia dapat mengharungi liku-liku kehidupannya dengan keceriaan...


Sunday, July 31, 2011

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum w.b.t..

Selamat menyambut bulan yang penuh barakah ini
Maaf dipinta atas segala kekhilafan yang pernah aku lakukan
Sama-samalah kita semua merebut peluang mendapatkan ganjaran di bulan yang mulia ini..
Semoga kita semua mendapat rahmat dariNya...



Elakkanlah diri dari melakukan maksiat bukan saja di bulan Ramadhan tapi jugak untuk bulan-bulan yang lain..selamanya...
Jangan duk pikiaq nak raya je...fokuskan terhadap ibadat puasa...hehe
Pesanan untuk diriku dan para pembaca sekalian...
Dan...anggaplah ini adalah Ramadhan yang terakhir..
Sebab mungkin kita akan tidak dapat menkmati bulan yang mulia ini selepas ini...^^

Thursday, July 28, 2011

KEPUTUSAN PENUH KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 MALAYSIA VS SINGAPURA PUSINGAN KEDUA 28 JULAI 2011


Assalamualaikum semua..

Perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Singapura telah pun berakhir. Namun, menang kalah adat pertandingan. Nampaknya, rezeki bukan menjadi milik Malaysia. Berikut adalah keputusan penuh Kelayakan Piala Dunia 2014 Malaysia vs Singapura malam ini 28 Julai 2011 Stadium Bukit Jalil..

MALAYSIA : SINGAPURA
1         :        1

Gol Malaysia : Safee Sali (57')
Gol Singapura : Shi Jiayi (73')


AGREGAT
Malaysia : 4
Singapura: 6


Konklusinya, Harimau tewas di tangan Singa kali ini. Walauapapun HARIMAU MALAYA tetap hebat. Takpe Malaysia..next time cuba lagi. Jangan putus asa...Btw, TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!...KITA BOLEH!!...MALAYSIA BOLEH!!!!...AUMMMMMM!!!!!!!!!!!!!!!

"Orang yang terlalu memikirkan akibat daripada sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani.." -Saidina Ali-

"The secret of success is constancy in purpose.."