Besmele-i Şerif Pictures, Images and Photos

Sunday, August 14, 2011

PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum w.b.t..



PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM BULAN RAMADHAN

Turunnya al-Quran

  • Para ulama' bersetuju bahawa al-Quran mula diturunkan pada bulan Ramadhan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahlu sunnah wal jamaah menerima bahawa al-Quran diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan dan oleh itu 17 Ramadhan diperingati sebagai hari turunnya wahyu (NuzulQuran) buat pertama kalinya (terdapat juga perbezaan pendapat mengenai perlu tidaknya peristiwa ini dirayakan). Pada malam tersebut surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5 diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w. sedang berada di Gua Hira'. Peringatan peristiwa ini biasanya dilakukan dengan acara ceramah di masjid-masjid.

Lailatul Qadar
  • Lailatul Qadar (malam ketetapan), adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Malam ini dikatakan dalam al-Quran pada surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan. Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ianya berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadhan. Walaubagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadhan sambil beribadah sepanjang malam.

Lain-lain
Terdapat banyak peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ini. Antaranya:
    • 10 Ramadhan 8 H: Pembukaan Makkah (630 M)
    • 17 Ramadhan 2 H: Perang Badar (624 M)

Oleh itu, marilah kita sama-sama merebut peluang mendapat ganjaran di bulan yang penuh barakah ini.


note: Ya Allah, tetapkanlah hatiku....

No comments:


"Orang yang terlalu memikirkan akibat daripada sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani.." -Saidina Ali-

"The secret of success is constancy in purpose.."