Besmele-i Şerif Pictures, Images and Photos

Sunday, July 31, 2011

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum w.b.t..

Selamat menyambut bulan yang penuh barakah ini
Maaf dipinta atas segala kekhilafan yang pernah aku lakukan
Sama-samalah kita semua merebut peluang mendapatkan ganjaran di bulan yang mulia ini..
Semoga kita semua mendapat rahmat dariNya...



Elakkanlah diri dari melakukan maksiat bukan saja di bulan Ramadhan tapi jugak untuk bulan-bulan yang lain..selamanya...
Jangan duk pikiaq nak raya je...fokuskan terhadap ibadat puasa...hehe
Pesanan untuk diriku dan para pembaca sekalian...
Dan...anggaplah ini adalah Ramadhan yang terakhir..
Sebab mungkin kita akan tidak dapat menkmati bulan yang mulia ini selepas ini...^^

Thursday, July 28, 2011

KEPUTUSAN PENUH KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 MALAYSIA VS SINGAPURA PUSINGAN KEDUA 28 JULAI 2011


Assalamualaikum semua..

Perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Singapura telah pun berakhir. Namun, menang kalah adat pertandingan. Nampaknya, rezeki bukan menjadi milik Malaysia. Berikut adalah keputusan penuh Kelayakan Piala Dunia 2014 Malaysia vs Singapura malam ini 28 Julai 2011 Stadium Bukit Jalil..

MALAYSIA : SINGAPURA
1         :        1

Gol Malaysia : Safee Sali (57')
Gol Singapura : Shi Jiayi (73')


AGREGAT
Malaysia : 4
Singapura: 6


Konklusinya, Harimau tewas di tangan Singa kali ini. Walauapapun HARIMAU MALAYA tetap hebat. Takpe Malaysia..next time cuba lagi. Jangan putus asa...Btw, TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!...KITA BOLEH!!...MALAYSIA BOLEH!!!!...AUMMMMMM!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, July 27, 2011

PERSOALAN HIDUP SEORANG MANUSIA ...KENAPA??

Assalamualaikum w. b.t

Setiap manusia pasti akan dilanda pelbagai ujian dalam mengharungi arus kehidupan ini..Kita seringkali mempersoalkan tentang musibah atau perkara2 yg kita tidak ingini menimpa ke atas kita..kenapa??..mengapa aku x dpt apa yg aku nak??..dan sebagainya..melalui blog rakan2 saya terjumpa artikel ini....di sini merupakan jawapan2 yg telah Allah s.w.t sediakan tentang persoalan2 yg seing kita persoalkan...

Kenapa aku diuji?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan Dia mengetahui orang2 yang dusta.”

(Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

................................................................................

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu; dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.

(Surah Al-Baqarah, ayat 216)

................................................................................

Kenapa susah sangat ujian ini?

“Allah tidak membenani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

(Surah Al-Baqarah, ayat 286)

..................................................................................

Rasa frust? Tension? Lemah semangat??

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman.”

(Surah Al-Imran, ayat 139)

.....................................................................................

Bagaimana Harus aku menghadapinya?

“Wahai orang2 yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara2 kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

(Surah Al-Imran, ayat 200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk.”

(Surah Al-Baqarah, ayat 45)

........................................................................................

Apa yang aku dapat daripada semua ini?

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang2 mukmin diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...”

(Surah At-Taubah, ayat 111)

..........................................................................................

Kepada siapa aku berharap?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”

(Surah At-Taubah, ayat 129)

..............................................................................................

Argh!!!!!!!!! Aku tak Tahan!! Aku dah bosan!!

“.....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”

(Surah Yusuf, ayat 12)



*sumber: beberapa blog...

Tuesday, July 26, 2011

MENGGAMIT KENANGAN : WHERE THE JOURNEY BEGINS

Assalamualaikum w.b.t...

How do i begin?? Okay, it's all about the wonderful moments that ever happened in my life.. Frankly said, i really miss that time. The time that i had force myself to achieve my goal, without thinking the 'fail' word. I was just thinking how could i be the best student..haha..*berlagakla plak*...

Di sinilah tempat aku menuntut ilmu, selepas frust menonggeng tak dapat masuk sekolah berasrama penuh dan MRSM selepas UPSR...frust giler2 aaaaaa....bila tengok keputusan permohonan.."DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PERMOHONAN ANDA TIDAK BERJAYA"...OMG!!! banyak bulan jugaklah duk pujuk hati ni..huhu...so, di sekolah ini lah bermulanya AZAM BARU...TINGKATAN 1...
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENDONG

Aku bukan nak cerita pasal sejarah penubuhan atau latar belakang sekolah ni, tp aku nak cerita serba sedikit tentang kenangan aku dengan sekolah ni. Alang-alang aku, Hafizah, Wahida (Along) dan Rasyida pergi melawat sekolah pagi semalam.

Aku dan budak bertiga tu satu kelas, dari tingkatan 1 sampai tingkatan 3. Tingkatan 4 masing-masing bawak diri ke sekolah baru. Aku ke SM Sains Pasir Puteh, Hafizah (SM Sains Seri Puteri), Rasyida (SM Sains Muar) dan Along (MRSM Kuala Berang) untuk melengkap hidup tahap SPM...tahun kitorang lah, paling ramai student transfer pergi MRSM, SBP dan sekolah2 khas yang lain...

Ini dia budak bertuah 3 orang tu, from left syida, along, hafizah...gambar aku??...x perlu...sbb nampak sangat tahap ketembaman aku di sini...haha

Kelas kami nama Arif...1 Arif..2 Arif...3 Arif...satu-satunya kelas yang menawarkan subjek Bahasa Arab Komunikasi PMR...Kelas kitorang ramai perempuan..Aku pun tak ingat berapa actual number budak perempuan kelas kitorang. Tapi, for sure aku ingat lebih dari 30 orang. Budak laki plak, 8 ketul je. Pemuda harapan bangsa tuh, si Hazimin, Rafi, Faiz, Lukmal, Qari, Alif, Fadhli dan Ansari...hehe...lebih-lebih lagi si Lukmal Hakim tu, ramai peminat...peminat???...haha...ye ke??...bukan dia yg minat???...

Belajar Bahasa Arab for the first time ever. Kat sini lah, aku kenal nombor, dari x reti satu habuk, jadi pandai tahu serba sedikit tentang basic komunikasi Bahasa Arab.

Ni dia bilik pengawas...tempat yang selalu aku ngn kawan2 pengawas kena 'punch card' setiap pagi..

Warna biru macam balai polis. Maklumlah kitorang ni jadi 'polis' sekolah setiap pagi kena datang kat sini kena turunkan tandatangan. Then, baru boleh buat duty. Paling aku suka bila time aku kena jaga pintu pagar (Biro Kedatangan dan Ponteng) ambik nama pelajar lewat. Best kot, dengan aku a sekali tak masuk kelas..burn lah 2 slot subjek waktu pagi..hahaha...best sangat, nak2 kalau time tak siap homework, aku sukalah merajinkan diri menolong pengawas-pengawas lain pergi cari budak2 yg x datang sekolah hari sebelumnya, atau cari budak ponteng...kantoi, aku pengawas yg really2 'skema'...haha...paling best jgk bila tengok cikgu disiplin rotan budak2 ponteng secara live depan mata...

Pengalaman menaikkan bendera semasa perhimpunan jugak aku dapat..(perhimpunan pagi sebelum masuk kelas je, perhimpunan mingguan hari Ahad tu, bagi pengawas lelaki lah)..Paling tak lupa jugak kitorang duk kutuk akak2 dan abang2 exco badan pengawas..kalau diorang marah kitorang, x sah kalau kitorang x kutuk..*kutuk belakang je, bukan berani kutuk depan*..tp best jugak jadi pengawas, boleh berlagak dengan student lain...ahakz....

Ini Cikgu Yanti Hartiny (yg kat tengah2 sebelah aku yg tembam tu)..cikgu yanti ni ajar kitorang KHB (Perdagangan dan Keusahawanan)..Cantikkan cikgu even dah ada anak 2??...cikgu yanti ni asal Muar, Johor, berketurunan Bugis...


Yang ni plak Cikgu Baznita bkn Bazita watak dalam dragon ball tu..hehe..maaf cikgu, teringat balik, bila budak-budak laki dalam kelas panggil cikgu macam tu,,,dah la kantoi dgn cikgu...haha...padan muka diorang...
Cikgu Baznita ni ajar kitorang Sains masa form 1...best ckgu ni ajar..serius, mmg aku totally dapat A time form 1 tu...ngeh3...still igt, masa cikgu belanja aku dgn Hafizah KFC sebab dapat markah tertinggi dalam peperiksaan akhir tahun...terima kasih cikgu (nada dalam upin ipin)...


these two pictures are interior in the library...library yang menjadi simbol kebanggaan warga SMK Tendong...




Lama jugaklah kitorang lepak kat sekolah semalam. sampai kat sekolah lebih kurang pukul 9.45 pg..Mula-mula kitorang pergi pejabat sekolah, teman Along amik sijil PMR..perghh!!!...dah berapa tahun dah tu??...hehe...nasib baik ada... Lepas tu, duk sembang dengan Cikgu Rozinah, lama jugaklah,,lebih-lebih lagi dia duk sembang dengan Syida pasal nak fly g Manipal lepas raya...ya lah, Syida dan anak beliau (Afiq) satu kolej..buat IB sama2...dan Afiq jugak classmate aku masa sekolah rendah, darjah 1-6...

Then, jumpa Cikgu Yanty...Tapi tak lama sangat sebab cikgu ada kelas..After that, we moved to library..Di situlah jumpa cikgu Baznita...Lama jugaklah duk borak2 dgn cikgu Baznita bila dia tahu Along duk kat Beijing sekarang..hehe...sebab cikgu nak kirim alas meja dari sana...haha...leh jd duta produk alas meja dari Beijing...

Then moved, jumpa Cikgu Norhayati..Pastu pergi bilik guru jumpa cikgu-cikgu lain...Cikgu Sharifah, Cikgu Rosilawati, Cikgu Rejab, Cikgu Rohaizan...Tapi for sure paling lama borak dengan Cikgu Marlinawati..Along cerita pasal experience dia duk kat China..naik lenguh jugak lah kaki...haha...pastu, masa time nak keluar tu plak, jumpa dengan ustazah Bahasa Arab kitorang, Ustazah Zuraini dan Ustazah Saniah..Sembang2 kejap tanya perkembangan kitorang...Pastu, Ustaz Kamarul, guru kelas kitorang time Form 3, pulak masuk dalam bilik guru..

Hehe,,mostly cikgu-cikgu still ingat muka kitorang..cuma nama kitorang tu diorang x ingat...haha...tp paling best bila Cikgu Yanti, Cikgu Baznita dan Ustaz Kamarul still cam aku...haha...Whatever it was, i really enjoyed yesterday..lupa sebentar krisis yang melanda aku malam sebelum tu....sampai lewat tidur duk 'berperang' kat FB...

Along sekarang dah stay kat Beijing..sekarang dah tahun dua kalau tak silap...dia amik Bahasa Mandarin kat sana..under program perguruan...Syida pulak lepas raya ni, akan fly ke Manipal, India..untuk pursue Medic...Pijah plak skang dah tahun kedua kat UiTM in Bachelor of Accountancy...dan aku??...will further my studies in UIAM for Quantity Surveying...baru nak masuk 1st year...huhu...xpe, biar lambat, asal selamat...
Untuk kawan2 satu batch, tak kiralah sekelas ke tak...good luck ye semua...We are the best!!!



dataran perhimpunan untuk hari ahad...
before balik amik gambar kenangan kat sini...
note: terasa jealous bila tgk kawan2 ramai dah fly dan bakal fly...huhu...tapi xpelah...sebab memang sudah tertulis rezeki aku di UIA....UIAM is also international what??...haha....jumpa jugak ramai foreigner...jangan tersangkut dengan foreigner sudah....=p

Sunday, July 24, 2011

SAYA NAK JOIN SEGMEN REVIEW DARI CAHAYA AZYLA

Assalamualaikum semua..

Bila aku duk blogwalking blog kawan terjumpa plak segmen ni. 
Actually, ini lah first time aku join segmen2 macam ni...hehe


cantikkan banner dia??
so, kalau korang nak tau lebih sila klik SINI ..

kalau korang ada masa terluang boleh la join segmen dari CAHAYA AZYLA ni ye..

Saturday, July 23, 2011

KEPUTUSAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KE-53 2011


Assalamualaikum w.b.t..

Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-53 2011 telah melabuhkan tirainya. Dan Alhamdulillah, Qari dan Qariah dari Malaysia telah berjaya menjadi johan bagi kedua-dua kategori Qari dan Qariah.

Di sini aku sertakan keputusan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53.
p/s: maaf kalau ada kesilapan terhadap ejaan nama, sebab x sempat tadi..hehe

Bahagian Qari

Tempat pertama- AMIRRAHMAN BIN HJ ABAS (MALAYSIA)
Tempat kedua- M. SAUDI GANDISA (FILIPINA)
Tempat ketiga- MOHAMED AL BASET (MESIR)
Tempat keempat- HAMIDREZA ABBASI (IRAN)
Tempat kelima- AWANG HJ ISMAIL (BRUNEI)


Bahagian Qariah

Tempat pertama- HJH SURAYA BT ABU HASSAN (MALAYSIA)
Tempat kedua- HJH NOOR KHALIDAH KASPUL ANWAR (INDONESIA)
Tempat ketiga- NUR AZIZAH BT SOLICHIN (SINGAPURA)
Tempat keempat- YM DYG NURFAEZAH BT HJ EMRAN (BRUNEI)
Tempat kelima- RAHIMAH M. PANANDIONGAN (FILIPINA)

Tahniah sekali lagi atas kejayaan ini..

Johan Qari dan Qariah..:)

note: semoga pasukan bola sepak negara menang untuk perlawanan dengan singapura kali kedua nnti..


TAHAJJUD CINTA DAN PANDANGAN SAYA


Assalamualaikum semua..

Baru sudah selesai menonton drama Tahajjud Cinta di TV3. Drama yang dibintangi oleh para pelakon hebat ini seperti Eman Manan, Fazura, Fauziah Gous, Shah Jaszle, Erma Fatima, Remy Ishak, Aaron Aziz dan ramai lagi memang mendapat sambutan yang baik sebelum ia ditayangkan di kaca televisyen. Semua sudah maklum bahawa drama ini bercorak islamik. Sudah tentu para penonton tidak sabar untuk menantikannya kerana drama berbentuk sebegini tidak banyak di negera kita. Namun, itu hanyalah sebelum ia ditayangkan beberapa minggu yang lalu.

Tahajjud Cinta..


Sebelum aku mengulas dengan lebih, aku ingin memohon maaf jika penulisan aku ini bakal mengguris hati mana-mana pihak. Ini hanyalah dari pemerhatian dan pandangan aku sendiri sahaja.

Pada episod pertama drama ini, aku tak mengesan apa-apa lagi. Sehinggalah episod kedua minggu lepas. Bukan aku nak memperkecilkan drama ni ke apa. Cuma rasa tak kena dengan beberapa adegan dalam drama ni yang menyebabkan ketidakpuasan hati pelajar2 Mesir dan Jordan, bahkan juga rakyat Malaysia yang lain khususnya umat Islam. Impaknya, wujud beberapa page di facebook yang membantah tayangan drama ini.

Mungkin kerana ingin menonjolkan tema hak wanita menyebabkan nilai-nilai yang sepatutnya dijaga, terabai. Adegan-adegan sebegitu memburukkan persepsi masyarakat kepada muslimah yg memakai purdah.Seolah-olah pemakaian purdah itu hanyalah mengikut budaya atau trend persekitaran. Itu tidak adil sebenarnya.Ya, aku akui, memakai purdah adalah tidak wajib, dan aku sendiri tidak memakai purdah.

Sama juga seorang ustaz menyalami tangan perempuan yang bukan mahram. Adegan sebegitu sama sekali aku tidak bersetuju. Menunjukkan betapa jahilnya seorang muslimah yang menjaga akhlaknya dan kejahilan seorang ustaz. Tidak patut bukan? 

Mungkin bagi mereka, mereka ingin memaparkan realiti sebenar kehidupan. Tetapi bukan itu caranya. Bukan dengan cara yang menjatuhkan imej Islam. Pada pendapat aku, kita perlu mengambil contoh drama dan filem islamik dari negara seberang, seperti Kiamat Sudah Dekat, Ketika Cinta Bertasbih dan sebagainya. Jalan ceritanya memaparkan nilai-nilai keislaman yang sebenar.

Sekali lagi aku ingin memohon maaf jika ayat-ayat cinta aku ni mengguris hati mana-mana pihak. Dan aku berharap semoga, drama2 dan filem2 keislaman akan datang menitikberatkkan soal-soal sebegini. Supaya tidak menyentuh sensitiviti penganutnya. 


btw, apa pulak pandangan korang tentang drama ni??...jangan segan silu untuk bg pendapat korang ye...^_^


note: tengah sakit hati dengan satu group ni, yg x abes2 nak cari pasal nk gaduh,,,bengang aku ngn kengkawan yg lain. arap2 la dorg x buat hal lg...we just want peace!





Thursday, July 21, 2011

CERITA SERAM LAGI

Assalamualaikum semua...

Malam ni adalah malam Jumaat. Macam biasalah, kat TV3 pukul 9.30 malam mesti ada cerita seram. Sekarang ni, slot cerita seram tu, cerita You Saka Pergi Jauh-Jauh. Minggu ni, dah episod ke berapa, aku sendiri pun x ingat. Tiap-tiap minggu mesti aku dengan mama jadi penunggu setia slot seram ni. Kami dua beranak memang peminat setia cerita seram hantu-hantu ni. Especially, mama aku. 

Okay, berbalik kepada cerita You Saka Pergi Jauh-Jauh ni. First time, dengar tajuk memang dah sure cerita ni cerita lawak. Even disiarkan dalam slot Seram TV3 pun. Haha...Secondly, bila tengok pelakon yang membintangi drama ni, iaitu Nabil Raja Lawak, Eira Syazira, Fauzi Nawawi, Amyza Aznan, Roy Azman dan ramai lagi. Seriously, memang confirm cerita ni mmg sure lawak.

Aku paling suka watak Fauzi Nawawi dalam cerita ni sebagai Pak Berahim bapak kepada Adrus (Nabil). Seriously, memang tergelak sakan aku bila dia bawa watak sebagai bomoh. Watak dia memang selamba. Aku masih ingat lagi dalam episod ke berapa entah..bila dia ada sebut perkataan Jin Pepon, Jin Telan Kabat time dok cari hantu yang bernama Gelam. Paling tak lupa jugak episod minggu lepas, bila dia konon-konon nak mengubat anak kepada Datin Salina, Fauzan. Sempat lagi dia cakap ada Jin Clubbing dalam badan Fauzan tu.

Sesiapa yang belum menonton cerita ni, tengoklah. Pasti mencuit hati korang semua. Aku harap-harap ending cerita ni x macam ending cerita Mentera Anjasmoro dulu...seriously, aku memang x puas hati. Tapi nasib baik kesudahan cerita Mentera Anjasmoro akan disudahkan dalam slot Cekerarama..tajuknya Sumpahan Anjasmoro..





promo untuk drama You Saka Pergi Jauh-Jauh

So, korang semua..janganlah takut sangat dengan hantu setan ni. sebab bagi aku dorang ni pun makhluk Allah s.w.t..kita sepatutnya lebih takutkan Allah daripada segalanya..Jangan disebabkan terlalu takutkan hantu, akidah kita sebagai seorang muslim dan mukmin terjejas.



note: konfem orang2 sekampung aku boleh tgk cerita hantu macam ni...hehe...just kidding..

TIPS BELAJAR ENGLISH CARA AKU

Assalamualaikum to all followers and readers..

Penggunaan Bahasa Inggeris adalah penting untuk kehidupan sekarang. Tapi bukan bermakna aku nak merendahkan Bahasa Kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu. Ya, tidak dinafikan Bahasa Melayu ada kepentingannya tersendiri. Namun, untuk penggunaan ‘universal’ Bahasa Inggeris sangat penting. Sukar untuk seseorang itu maju jika tidak arif dalam Bahasa Inggeris (Maaf jika penulisan saya ini ada menyinggung mana-mana pihak, saya sekadar memberikan pendapat berdasarkan pemerhatian dan pengalaman).

Baiklah, sebenarnya entri kali ini, aku nak share dgn korang tentang tip-tip untuk belajar dan memperbaiki English korang. Beberapa hari yg lalu, sepupu aku tanya aku, “Mi, macam mana nak pandai English ye?? Ade tips x?”..jadi, aku pun bagilah sedikit tips kat dia utk improve English ni..so, di sini aku nak share lah sedikit tips yang aku leh bg sebagai panduan utk korg..

p/s: Aku ni bknlah hebat sgt English ni, SPM aku pun dpt B3 je…MUET dpt Band 3 je..English kat Uia just dpt average B+, A- je…so, xdak lah hebat mano noh…just org phm aku ckp, aku tulis.. aku phm org ckp, org tulis…tp setakat ni, aku ckp ngn foreigner dorg still phm ak..even grammar tunggang langgang pun..haha

  • Masa tgk TV, drama ke, kartun ke, ape ke…korang perhatikan dia pnya subtitle kat bawah dgn dialog yg pelakon tu cakap..untuk permulaan, aku prefer korang tgk cerita melayu dulu…kalo dulu orang tengah gila dgn crite Nora Elena…sekarang ni, boleh tgk crita favourite korang mcm Stanza Cinta, Juvana, Ana Lulu, Tahajjud Cinta n etc…sambil tgk sambil belajar…sambil dengar dialog, sambil belajar ape dlm Englishnya ayat2 tersebut…secara x langsung boleh meningkatkan vocab korg..


  • Untuk meningkatkan tahap pendengaran korang dlm Bahasa Inggeris, korang perlu dengar lagu2  berbahasa Inggeris..sambil korang dengar, sambil korang tangkap lirik lagu tu...kira korang salin lah apa yg korang dengar tu..pastu, nak check betol ke x yg korang salin tu, google blek lirik kat internet...untuk permulaan aku suggest kat korang utk dengar lagu kumpulan Westlife, Backstreetboys...kalo Maher Zain, i think thats the best...lagu2 dr penyanyi ni, bagi aku sebutan dia jelas, pastu x rushing,,,so, senang utk korang nak catch die punyer perkataan,..melalui cara ni, selain korang dpt meningkatkan skill listening, vocab dgn pronunciation (sebutan) pon boleh improve sekali...


  • Ni tips yang cikgu aku bg masa sekolah dulu...tulis diari dalam English setiap hari..no more Malay..tulis je apa korang nak tulis...let say korang nak tulis korang makan apa hari ni..for example.."Today, i eat rice with fried chicken.."...that's enough..satu ayat pon jadi...yang penting dalam English...so, esok2 korang leh tambah dari satu ayat ke dua tiga empat atau buat satu esei terus...hehe...percayalah, nanti korang akan terbiasa...zaman, skang nie, nak tulis dalam blog pon xpe kalo x nak tulis diari...


  • Baca bahan bacaan English...Buku cerita kanak-kanak pon xpe untuk permulaan...seriously, aku yang tua bangka ni pon still baca lagi buku2 cerita kanak2 tu....kalau time kemas bilik, kalo ada jumpa buku2 lama yg parent aku beli time kecik2 dulu..ye lah, dulu kecik2 bukannya paham..haha..bila bace balik, baru aku tau byk expression ayat yg aku boleh guna dlm percakapan....dan kalo boleh, korang bacalah English newspapers..News Straits Time ke The Star ke...pastu make sure sediakan kamus sekali...senang jika ada perkataan yg x paham...x rugi pon beli paper ni,,,kalo xnak beli paper BI hari2 pon, seminggu sekali pon jadilah...


  • Jangan malu untuk bercakap dlm Bahasa Inggeris...cuba berinteraksi dgn kwn2 korang dalam bahasa Inggeris...biar x betul, grammar ke laut pun...xpe...ini, utk mendapatkan keyakinan..kalo parent korang paham  bahasa Inggeris, itu lebih baik...cuba speaking dgn mereka...x salah pon...hehe


  • Korang duduk depan cermin, cuba korang speaking...ala2 tengah presentation gitu...tp make sure, korang tutup pintu rapat2...takut nanti mak korang nampak dia pikir, anak dia dah x betul ckp sorang2...haha


  • Jangan tukar bahasa kat facebook korang...guna English je...belajar...xpe, lama2 korang akan terbiasa...sama jgk macam phone korang...guna English je...



okay, setakat ni dulu tips yg aku leh bg kat korang,,,,memandangkan keadaan aku yg x berapa sihat nk duk lama2 dpn lptop...nnti kalo ade mase aku update lagi...hehe...btw, ini adalah cara aku tersendiri yg x berapa nk pandai nie...whatever it is, korang try lah...because it works...selamat mencuba kawan2...best of luck!!...^^



jangan tension sampai macam ni sekali ye...haha

note: lama dah x masuk kelas BI kat UIA...huhu...igtkan da abes da...tp, still ade EAP (English For Academic Purpose) yg entah brapa level plak ade...


Monday, July 11, 2011

MALANG NASIB AKU!

Assalamualaikum to all readers and followers...


1st of all nak mintak maaf jika entri aku terlalu emosional..huhu..
Today i had JPJ Test utk kereta..
Actually, that's the second time i undergo the test...adeyh, kali ni aku fail lg...
Dua-dua bahagian...Bahagian 2 (Bukit, side parking n parking 3 penjuru) dan Bahagian 3 (jalan raya)
Terserlah kehebatan aku di situ setelah dua kali test, dua2 bahagian aku fail...
adeyh!!!...i don't know what i'm going to say,,,org lain biasanya, kali kedua test mesti pass salah satu...tp aku???...oh, begitu malang...malu, feel like giving up...
bahagian 2 aku fail side parking,,1st time test pon sama..side parking...
jalanraya td,,mmg JPJ bg lulus da kat aku,,tp sebab aku tercium bontot divider td,,,mmg terus dia bg fail....wahhhhhhhh,,,tensionnyer...dah la duit byk habis,,mase terbuang...plan nk kerja, mmg x lah...parking td...sikit je...bumper kereta duk atas line putih sikit..terus fail...geram betol aku!!!!!...dah la motorsikal hari tu aku dah fail...padahal, aku mmg da pandai bwk, time latihan semua ok....huhu...

But, when i'm thinking in positive way, i know, God has created something for a reason..The best thing is, Allah suruh aku bersabar,,or definitely, belum ade rezeki....yes, indeed...sekaligus memang rasa nak give up...tp, bile pikir blek, parent aku dah byk habis utk aku mendapatkan lesen memandu...xkan aku nk berhenti macam tu je kan...??...so, papepon,,i have to be patient..because having driving license is necessary...so, by hook or by crook,,i'll make sure that i get pass for this coming test...no matter how!...

Ya Allah, aku berserah kepadamu....tolonglah aku ya Allah...aku dah x larat lg...kasihanilah hambamu ini ya Allah...Ya Latif..

note: i need someone to cheer me up...suddenly, i have lost my focus in doing something...i don't know how can i be like this...it ashamed me a lot..huhu...i feel like crying.....T_T

Tuesday, July 5, 2011

PRE-REGISTRATION @ PRE-REG

Assalamualaikum w.b.t to all followers and readers...:)

Alhamdulillah, semalam aku sudah selesai mendaftar subject untuk sem 1 nanti..fuh!!, nasib baek aku cepat semalam, kalau tak, mesti terpaksa add-drop subject secara manual nanti bukak sem nih..tu pun masih ada lg core subject yg x boleh register semalam...AQS 1180 Principles of Structures 1..core subject tu...semua budak QS x boleh add subject tu semalam...bila add keluar caption "Section CLOSED"...bengang jugak lah rasa...harap2 lah bukak sem nanti boleh add balik subject tu...bkn apa, kalau x ambik sem 1 ni, susah kitorang nak add subjects utk sem 2 nnti..sbb subject tu, menjadi pre-requisite utk subject 2.AQS 1280 Principles of Structures 2..which is for semester 2...

Ramai yang x dpt add semua core subjects semalam, sbb NO AVAILABLE SECTIONS!..yelah, dah aku tengok notice tentang pre-reg ni tulis boleh start pre-reg kul 12.00 am smlm...so, awal2 lg aku dah tercongok depan laptop...sebab nak register awal2 takut nnti semua group penuh n takut traffic jam...tapi nasib baek traffic x jam smlm...so i could make it smoothly,,without refreshing the browser for so many times..

Okay!...kat pic ni, subject2 yg aku pre-reg semalam...8 subjects with 19 credit hours! wow!..byk jgk...x termasuk lagi kalau aku dapat add AQS 1180 tu, so total credit hours might be 21...




huhu...hopefully, aku dapat bahagikan masa aku betul2...for carrying these subjects...because i not used to this!..sbb mase foundation x banyak subject aku perlu ambik utk setiap sem...paling byk pon 4 subjects...


ni jadual yg aku buat as a guide utk semua budak QS uia sem 1... i did it based on the module given...n for this schedule still not included for two subjects..Bahasa Melayu Lanjutan n Quran Sunnah & Built Environment...



total subjects for QS's students within 4 years is 45 subjects...plus university required courses 10...so the whole total is 55 subjects...with 140 credit hours n 185 contact hours...byk wooo!!..
harap2 aku leh excel utk degree nnti...amin...:)


note: x sabar nak masuk UIAM Gombak...boring seyh!!!!...cuti lame2 nih...

"Orang yang terlalu memikirkan akibat daripada sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani.." -Saidina Ali-

"The secret of success is constancy in purpose.."